Halaman

RESEPI NONA MANIS KING

Asha Lya | Disember 06, 2017 | 3Komen | >
Assalamualaikum





Bahan A

1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan (santan KARA) ~ campur air sikit jadikan 1 cawan
1 cawan tepung gandum
Pukul telur hingga kembang/blender je
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata.
Bila dah siap ketepikan

Bahan B

1/2 cawan santan pekat ~ KARA
1/2 cawan air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple
sedikit emalco pandan (optional)

Ambil 5 helai daun pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
Satukan air pandan dan santan
Kemudan campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan ( optional ) dan sedikit pewarna hijau apple jika warna hijau pandan kurang menyerlah.
Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-dikit pekat

* Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih

Bahan C

1 cawan santan pekat ~ @ 1 kotak santan KARA campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan
1 sudu besar tepung gandum
garam
Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat
Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )
Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
**ni cara saya guna loyang**
Sediakan acuan loyang 6 inci, oleskan acuan loyang dengan minyak.

Tuangkan adunan hijau (hbiskan)dalam acuan loyang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga hbis
Kukus selama 15 - 20minit


**sejukkn dulu br terbalikkn di atas plastik(senang nk terbalikkn semula)
**adunan ni utk satu loyang 6 inci....saya hbiskan semua adunan hijau dan putih
**sblum potong sejukkn dulu dlm peti ais ya...supaya bhgian putih tu tak lembik bila di potong


Terima Kasih

3 ulasan:

  1. Tak berapa minat kuih ini.. Tapi suka kejadiannya.. Gabungan putih dan hijau tu cantik sangat..

    BalasPadam
  2. tq for resepi sis, nak cuba nanti..menarik ni, sebab tak pernah cuba dan buat resepi ni :)

    BalasPadam
  3. Aduhh, ni kuih fav ni, lepasni dah tak payah nak jalan jejauh cari kuih ni, dah boleh buat sndiri dah nanti.

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign