Halaman

Terima Kasih

Asha Lya | November 09, 2017 | 10Komen | >
Assalamualaikum



Terima kasih buat rakan blogger yang masih ingat dan sudi menyinggah di blog cabuk sy ni hehe. Terlalu lama tak menulis di blog, lebih aktif di ig n fb jak setakat ni. Buat rakan2 bloger sy tak pernah lupa korang, tak menyinggah tak bermakna sy lupakan anda. Jika di beri kesempatan ruang pasti sy jenguk2 juga korang.





Ok karang entri seterusnya....






Terima Kasih

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Asha Lya | November 08, 2017 | 7Komen | >
Assalamualaikum


Klik banner


Saya mula kenal blogger Kak mia semenjak join group Sabahan Blogger. Rupanya ramai juga kalangan blogger dari Sabah. Kalau sebelum ni ada kenal bebrapa orang jak. Start dari situ saya follow cerita2 mereka. Terima kasih Kak Mia sudi berkawan dengan saya.



Terima Kasih

Samosa ayam

Asha Lya | November 06, 2017 | 9Komen | >
Assalamualaikum







Samosa ayam


BAHAN-BAHAN :

1 peket ayam cincang
2 cawan mix veggie
kulit popiah besar secukupnya
3 sudu besar serbuk kari ayam - boleh tambah
1 sudu besar sos tiram - boleh tambah
Sedikit daun sup
Garam secukup rasa
1 biji telur - dipukul sedikit

BAHAN DIKISAR HALUS :

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia


CARA MEMASAK :

- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan dikisar sehingga wangi kemudian masukkan serbuk kari yang dibancur dengan sedikit air . kacau dan bairkan sampai rempah masak kemudian masukkan semua ayam cincang dan kacau bagi daging ayam masak . Masukkan sos tiram , daun sup , mix veggie dan kacau lagi kemudian masukkan garam secukup rasa bila dah amsak boleh la ditutup api dapur .

-Ambil sekeping kulit popiah dan letakkan inti ayam secukupnya dan boleh la dilipat dan disapu telur pada bahagian akhir lipatan kulit samosa ni . Buat sampai habis dan ketepi .

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan goreng semua samosa sehingga masak kekuningan . Boleh la diangkat dan ditos .


Kredit: group resepi masakan

Terima Kasih

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2017: Hanyut Raih Trofi Filem Terbaik

Asha Lya | November 04, 2017 | 5Komen | >
Assalamualaikum





Filem arahan U-wei Hj Saari, Hanyut berjaya merangkul trofi Filem Terbaik di malam Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017).
 
Selain itu, Hanyut turut meraih trofi Pengarah Terbaik (U-wei Hj Saari), Lakon Layar Terbaik (U-wei Hj Saari), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Khalid Salleh) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Diana Danielle).
 
Karya arahan sutradara terkenal Erma Fatima, Pesan Dari Tuhan dinobatkan sebagai Drama Terbaik.
 
Naskhah itu turut merangkul anugerah Pengarah Terbaik (Erma Fatima), Lakon TV Terbaik (Erma Fatima) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Remy Ishak).
 
Diacarakan oleh Jihan Muse, Fahrin Ahmad dan Shuk SYJ, ASK 2017 diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.
 
Berikut merupakan senarai keputusan ASK 2017:
 
Rancangan Majalah Terbaik - Misi K 2016
 
Rancangan Realiti Terbaik - 3 Juara Akhir
 
Rancangan Anugerah Terbaik - Anugerah Juara Lagu 31
 
Pelakon Komedi Terbaik - Papa Sayang
 
Drama Komedi Terbaik - Budak Ijat
 
Lakon TV Terbaik - Erma Fatima: Pesan Dari Tuhan
 
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Diana Danielle: Hanyut
 
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Khalid Salleh: Hanyut
 
Lakon Layar Terbaik - U-wei Hj Saari: Hanyut
 
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Azizah Mahzan: Terima Kasih Ramadan
 
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Remy Ishak: Pesan Dari Tuhan
 
Pengarah Terbaik Drama - Erma Fatima: Pesan Dari Tuhan
 
Pengarah Terbaik Filem - U-wei Hj Saari: Hanyut
 
Pelakon Wanita Terbaik Filem - Sangeeta Krishnasamy: Adiwiraku
 
Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Khir Rahman: Rock Bro
 
Pelakon Wanita Terbaik Drama - Fasha Sandha: Terima Kasih Ramadan
 
Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Hasnul Rahmat: Kapcai Ayah
 
Drama Rantaian Terbaik - My Sweet Lavender
 
Filem Terbaik - Hanyut
 
Drama Terbaik - Pesan Dari Tuhan
 
Teks oleh: Kamaruddin Razal

Foto: Instagram @tv3malaysia

Terima Kasih

Nasihat Pagi

Asha Lya | November 03, 2017 | 3Komen | >
Assalamualaikum


Moga memberi sesikit motivasi buat kita semua, Insya Allah.







Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign