Halaman

Corat Coret Sukan Sea KL2017

Asha Lya | Ogos 21, 2017 | 9Komen | >
Assalamualaikum





Upacara Pembukaan Sukan Sea ke-29 KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil berlangsung gilang gemilang malam tadi. Bertaraf dunia, itu komen kebanyakan penonton!

Upacara itu dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V dan pelbagai persembahan disajikan termasuk nyanyian lagu tema Bangkit Semula oleh Dayang Nurfaizah.

Namun, dalam pada kemeriahan upacara berkenaan ada pelbagai insiden luar kawal dan perkara-perkara menarik di dalam dan luar stadium.

Kami kongsikan sedikit corat-coret sepanjang upacara berkenaan.

1) Penonton mula membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil semenjak pukul 3 petang! Semangat betul semuanya!

2) Di stesen pertukaran laluan Ampang - Sri Petaling, Chan Sow Lin, sebuah gerabak tambahan disediakan pada pukul 6 petang ketika waktu puncak bagi mengurangkan kesesakan.

3) Jangan sangka hari cerah tidak akan hujan! Ya, tepat pukul 7 petang ketika penonton sedang beratur panjang hujan turun dengan lebatnya di sekitar stadium.

4) Disebabkan hujan, ada pihak yang mengambil kesempatan menjual baju hujan 'poncho' sekitar stadium berharga RM5 untuk saiz kecil dan RM10 untuk saiz besar. Harga asal 'poncho' sekitar RM2 hingga RM4 sahaja.

5) Peniaga yang menjual makanan di food truck tidak menang tangan melayan pelanggan yang menderu datang selepas tamatnya upacara pembukaan.

6) Pengarah filem terkenal, Saw Teong Hin bertindak sebagai Pengarah Kreatif bagi persembahan gilang gemilang sewaktu upacara pembukaan KL2017. Patutlah persembahan semuanya best!

7) Kelibat atlet lempar cakera, Irfan Shamsuddin sebagai pembawa obor di upacara pembukaan tidak kelihatan kerana dia menarik diri akibat mengalami kecederaan terseliuh buku lali. Irfan kini dalam proses pemulihan sebelum acaranya bermula pada minggu depan.

8) Disebabkan ramai orang membanjiri stesen LRT Bukit Jalil untuk pulang ke rumah selepas acara tamat, ada yang sanggup berjalan kaki ke stesen berikutnya iaitu stesen LRT Sri Petaling untuk mengelakkan kesesakan.

9) Bagaimanapun, stesen LRT Bukit Jalil terus sesak hingga pukul 1 pagi.

10) Setakat dilaporkan sekurang-kurangnya empat penonton pengsan dalam kejadian berasak-asak menanti giliran masuk ke ruang menunggu gerabak. Tiga daripadanya wanita.

Untuk perkembangan dan informasi mengenai GempakXSeaGames, layari www.gempak.com/seagames2017atau ikuti laman Facebook Astro Gempak dan Instagram @astrogempak.

Teks oleh: Kamaruddin Razal, Amri Hassan
Foto: Twitter KL2017
Sumber: astro gempak

Terima Kasih

Resepi Ayam Goreng Korea / Yangnyeom Chicken .

Asha Lya | Ogos 17, 2017 | 3Komen | >

Assalamualaikum
 





Resepi Ayam Goreng Korea / Yangnyeom Chicken

.
Bahan-bahan:

ayam (ikut suka laa berapa ketul, saya buat popcorn ayam potong kecil2)
tepung pedas cap bestari (tepung ni banyak jenis, ambik yg pedas punya ya, those yg xsuka pedas sgt ambik yg original pun dah okay tp kurang kick la.)
1 sudu kecil black pepper
1 inchi Halia
.
Sos
Cili kisar (agak2 jugak, kalau suka pedas banyakkan)
3 ulas bawang putih
garam
madu (agak2 ja)
gula (agak2 ja)
cuka
sos cili 4 sudu besar
bijan yang diigoreng tanpa minyak (oqang kedah kata sangai)
daun bawang (ni hiasan jaa nampak lagi sedap nak makan)
minyak untuk deep fry

Cara membuatnya:

Perap ayam dengan black pepper dan halia. Kemudian golekkan ayam pada tepung cap bestari dan goreng hingga kuning keemasan. Kemudian buat sos pulak tumbuk bawang putih dan tumis bersama cili kisar tadi hingga garing
kemudian masukkan sos, cuka, madu,gula, garam dan gaul rata jangan campur air supaya kerangupan ayam lebih tahan lama dan tidak berair kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi ke dalam sos yang dimasak gaul rata hingga sos menyaluti seluruh ayam yang ada dan tabur bijan dan daun bawang
.
Psstt. Kalau tak jumpa tepung cap bestari nii, boleh buat tepung sendiri. Tapi tepung sendiri kena celup telur dulu. Tepung bestari tak payah guna telur. Terus salut dan goreng shj. (Tepung gandum + tepung beras + soda bikarbonat) Nisbah tepung beras dan tepung gandum 2:1.
.
Dah siap ! Jom Masak 😊
Resepi dri fb..🌹lara hati🌹

Terima Kasih

KEK LAPIS PANDAN COKLAT (KUKUS)

Asha Lya | Ogos 16, 2017 | 2Komen | >
Assalamualaikum







KEK LAPIS PANDAN COKLAT (KUKUS)


BAHAN2


10 Bji telur
1 Tin susu pekat manis
1 Tin seri kaya
1 Gelas gula halus
2 1/2 Gelas tepung gandum
2 Sudu teh baking powder
400gm Mentega
1 Sudu teh browing sugar/perisa coklat
1 Bekas kecil serbuk koko
2 Gelas susu tepung
Pewarna hijau &perisa pandan


CARA2


1.Pukul mentega dan gula hingga kembang
2.kemudian masukkan telur satu persatu.kacau hingga sebati
3.Sesudah itu.masukkn tepung & baking powder.kacau lagi.bila adunan sudah sebati.masukkn pula susu pekat manis.seri kaya &susu tepung.
4.Bahagikan adunan kpd 2 bahagian 
5.Bahagian A)Campurkan dgn serbuk koko & browing sugar @perisa coklat
6.Bahagian B)Campurkan dgn perisa pandan &pewarna hijau
7.Sediakn loyang @bekas.kukus warna coklat dulu kemudian di ikuti dgn warna hijau....ulang proses yg sama hingga habis

**Kukus setiap lapisan dlm masa 5minit.

Terima Kasih

Resepi Kuih Cucur Badak

Asha Lya | Ogos 15, 2017 | 4Komen | >
Assalamualaikum






Bahan-bahan:


400 gm ubi keledek rebus yg dah di lecek
1 cwn tepong gandum
sedikit garam


Cara-caranya:


campur semua bahan dan uli sampai sebati..buat la bulat2 dan leperkan,kemudian  bubuhkan inti...bulatkan semula dan dileperkan sedikit..buat sampai habis...dan bolehlah di goreng...(semasa proses membuat cucur badak ni,sekiranya adunan lembik,ambil sedikit tepung dan sapukan di tangan supaya tidak melekit/melekat)


Bahan-bahan untuk inti:


1/3 biji kelapa parut
1 btg serai
2 sudu besar udang kering
3 tangkai cili kering
sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit air asam jawa
1 sudu gula
garam secukupnya


Cara-caranya:


Cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
Campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya.
Gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
pastikan inti dimasak sehingga kering/garing.

Sumber resepi Mas Hani

Terima Kasih

TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY

Asha Lya | Ogos 11, 2017 | 9Komen | >
Assalamualaikum


Jok uolls sama2 memeriahkan segmen anjuran blogger tengkubutang, boleh klik banner di bawah ye





Klik banner



 GIVEAWAY terbuka kepada semua rakan blogger di Malaysia. GIVEAWAY bermula  pada, 08hb Ogos 2017, iaitu tepat jam 01.20 tengahari sehingga 31hb Ogos 2017 (jam11.59 malam)


Terima Kasih

Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com

Asha Lya | Ogos 11, 2017 | 7Komen | >





Assalamualaikum dan salam sejahtera


Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 10 Ogos 2017 sehingga 11.59 malam 30 Ogos 2017. Menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan dan menarik untuk dimenangi oleh para peserta.
Semua blogger dijemput untuk menyertai giveaway ini.

Syarat - syarat :-
  • Follow Blog Sponsor 

  • Like Fanpage 

  • Add To Circle Sponsor 
  • Follow Instagram Sponsor  

  • Follow Twitter Sponsor 
  • Buat entri bertajuk Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri. 
  • Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI



17 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 
 1 September 2017


Sekian , terima kasih





Terima Kasih

Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com

Asha Lya | Ogos 08, 2017 | 5Komen | >


Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com bermula dari saat ini sehingga 11.59 malam 14 Ogos 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari dan akan menerima RM10 setiap seorang.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 14 Ogos 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 21 Ogos 2017.

** sila klik pada banner untuk join segmen ini.....
Read more: http://www.mialiana.com/2017/08/segmen-blogwalking-merdeka-2017.html#ixzz4p9Kc172i
Terima Kasih

CINTA TAHAP DEWA

Asha Lya | Ogos 03, 2017 | 1Komen | >
Assalamualaikum






NOVEL SINGLE AIDILFITRI!!
CINTA TAHAP DEWA – NANA FIQREE
No. ISBN:- 978-967-0874-55-5
Jumlah muka surat:- 600
Harga Runcit:- S/M: RM22, S/S: RM25
Harga Ahli:- S/M: RM18, S/S: RM21
Sinopsis:-
Bila hati sudah suka, semuanya indah saja. Indah pada Jiji, tak seindah mana pada Jack. Macam mana nak indah kalau sudah berkorban jiwa raga, hati Jiji boleh jatuh bergolek-golek pada Danny yang punya pesona tahap dewa.
Orang kata, jangan derhaka dengan mak. Kesannya sampai Jiji jadi hilang jiwa bila Cik Zaiton ‘ronggeng’ yang garangnya macam askar ‘kalah perang’ dijemput Ilahi. “Mak aku dah tak ada… aku dah tak ada sesiapa lagi.” – Jiji.
Kutuklah apa saja. Jack tak peduli. Walau Jill, sepupu yang dah jadi adik tiri berbulu sampai langit ketujuh
sekalipun, hati dia tetap sama. Tak berganjak walau seinci pun. Lisa pula, sepupu terbaik yang Jiji ada tetap setia menunggu Jack walaupun Jack tak pernah pandang dia dengan sebelah mata pun. “Jangan paksa aku memilih. Walau seribu kali pun kau tanya, aku akan tetap pilih dia.” – Lisa.
“Magisnya kuasa cinta. Hari ini tak suka, esok boleh cinta tahap dewa!”

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI!!
Di kesempatan ini team KN nak ucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin buat semua kesayangan kami. Kami sangat memahami anda, bulan raya ni dah banyak shopping raya kan? Jadi KN keluarkan novel single je untuk Julai nanti. Tak perlu susah-suah fikir pasal bajet lari, tak perlu pening-pening bawa banyak novel balik beraya, beli satu je novel KN untuk bulan Julai ni okay. Bioleh baca kat kampung kan….
Bulan julai ni KN sajikan anda juadah hari raya dari Nana Fiqree. Tajuk Cinta Tahap Dewa pastinya tidak akan membuat anda bosan. Admin sendiri dah baca novel ni tau, memang best sangat! Seriously best..rugi kalau korang tak beli.
Pendek kata, rugi sangat jika tidak Novel Single Aidilfitri ini kerana harga memang tersangatlah jimat. Jadi, dapatkan segera sebelum kehabisan stok. Isikan masa lapang cuti anda nanti dengan novel terbaharu keluaran KN. Semoga terhibur dan selamat membaca!
Pendaftara Ahli adalah percuma!percuma!percuma tau! Cepat-cepat mendaftar ok J
PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA SELURUH MALAYSIA!DAPATKAN SEKARANG!



Terima Kasih

'Potong Ala Boy Cut Paling Pendek Sepanjang Hidup Saya' - Janna Nick Korban Rambut Demi Coffee Prince

Asha Lya | Ogos 02, 2017 | 3Komen | >
Assalamualaikum





Aktres Janna Nick mengorbankan rambutnya demi tuntutan watak yang bakal dijayakan dalam drama bersiri Coffee Prince.

"Saya memang sudah bersedia untuk memotong rambut pendek ala 'boy cut' demi tuntutan watak dalam drama bersiri Coffee Prince versi Malaysia. Hasilnya sangat berbeza berbanding potongan rambut sebelum ini.

"Ini merupakan potongan ala 'boy cut' yang paling pendek pernah saya lakukan sepanjang hidup saya. Sebelum ini memang saya sering memotong rambut pendek, sependek ini pun ada, tetapi potongan tersebut masih menonjolkan ciri-ciri comel serta menyelitkan sisi kewanitaan.




"Karakter dalam drama bersiri Coffee Prince memerlukan saya untuk menjayakan watak seorang wanita yang menyamar sebagai lelaki, jadi potongan seperti ini harus saya lakukan," kata Janna kepada Astro Gempak.

Tambah Janna, dia melakukan gaya rambut berbeza kerana mahu memberikan warna berlainan kepada setiap watak yang dijayakan.

"Biar pun sering tampil dengan rambut pendek, tetapi saya tetap harus memastikan yang setiap gaya rambut pendek itu mempunyai perbezaan.





"Saya tidak mahu gaya rambut yang sama. Saya mengutamakan perbezaan pada setiap gaya rambut agar penonton sendiri merasakan kelainan watak yang saya hidupkan," katanya lagi.

Janna bakal memasuki set penggambaran Coffee Prince versi Malaysia bermula 3 Ogos.

Drama bersiri yang mendapat hasil sentuhan sutradara Michael Ang ini bakal ditayangkan pada November ini.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: astro gempak






Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign