Halaman

Juliana Evans & Tengku S Adakan Majlis Resepsi Selepas Sambutan Hari Raya

Asha Lya | April 30, 2017 | 1Komen | >
Assalamualaikum







Pelakon dan pengacara popular, Juliana Evans, 27, bakal mengadakan majlis resepsi perkahwinan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Juliana selamat melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan hatinya, Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah bin Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, 29, di Shah Alam, pagi tadi.







Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie binti Johari Evans selamat diijab kabul bersama suaminya yang merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor itu dengan sekali lafaz di sini pada jam 10.45 pagi tadi.

Pasangan itu telah dinikahkan oleh Imam Masjid Istana Alam Shah Klang, Imam Paduka Tuan Mohd. Rasid bin Mahful.

Pelakon filem Bella dan Jamie itu tidak mengikat tali pertunangan sebelum membuat keputusan untuk hidup bersama.

Juliana ketika bercakap selepas majlis itu meluahkan kesyukuran kerana hari bersejarah ini berjalan lancar dengan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-belah pihak.

"Alhamdulillah, saya kini sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah. Saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga. Dan saya berharap agar peminat terus mendoakan kebahagiaan kami," jelas Juliana yang akan meneruskan aktiviti seni seperti biasa selepas ini.

Mereka mula berkenalan sejak dua tahun lalu.

Sumber: astro gempak


Terima Kasih

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah...moga kebahagiaan mengiringi mereka hingga syurga.

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign