Halaman

Banyak Tawaran Lakonan, Mark Adam Tidak Berhasrat Meninggalkan Bidang Nyanyian

Asha Lya | Disember 01, 2016 | 0Komen | >
Assalamualaikum
Penyanyi Mark Adam menjelaskan walaupun dia kini dilihat lebih banyak berlakon namun tidak pernah berhasrat meninggalkan bidang muzik kerana itu adalah keutamaannya.

Mark Adam atau nama sebenarnya Fikri Adam Mark Abdullah, 37, berkata, dia menggangap bidang lakonan merupakan sebahagian daripada cabang seni. 

Kata Mark, dia menganggap pekara itu sebenarnya tidak salah sekiranya dia mencuba mencipta nama sebagai pelakon.

"Alhamdulillah rezeki saya dalam bidang lakonan memang cukup murah dan saya anggap iniv sebagai rezeki.

"Saya suka berlakon walaupun masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dan pada masa sama nyanyian adalah keutamaan saya," katanya kepada Astro Gempak.

Mark berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana telefilem Oh My English! : Road to Jojga yang diadakan  di GSC Cinema, Pavillion, Kuala Lumpur, disini baru-baru ini.

Telemovie dua bahagian ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Elfira Loy, Randy Pangalila, Jihan Muse, Johan Raja Lawak, Mark Adam, Roax Tan, Mohd. Zhafir Muzani dan Juzztin.

Oh My English (OME) : Road to Jogja bahagian satu dan dua bakal bersiaran pada 3 dan 11 Disember ini di saluran Astro TVIQ (610), Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135) pada pukul 9 malam.

Ia akan menyaksikan kemunculan 3 teraju utama Oh My English, Zack (Juzzthin), SYS (Roax Tan) dan Mazlee (Zhafir Muzani) bersama beberapa selebriti terkenal yang akan memeriahkan perjalanan kedua-dua telefilem ini. 

Bahagian kedua telefilem ini pula akan menyaksikan kemunculan pelakon popular Indonesia, Randy Pangalila bersama Elfira Loy, di mana duo yang tidak asing di kaca TV sinema Malaysia ini akan digandingkan sekali lagi khas untuk peminat-peminat Oh My English!

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber: astro gempak

Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign