Halaman

WW : 2015

Asha Lya | Disember 31, 2014 | 8Komen | >
Assalamualaikum





Wassalam


Terima Kasih

Semua Nak Serba Biru

Asha Lya | Disember 31, 2014 | 11Komen | >
Assalamualaikum


Kalau boleh semua barang
kat umah ni Lya nak serba biru.
Lihatla perkakasan dapurku
yang berwarna biru
Hihihi





Mungkin ini entri di penghujung
tahun yang sempat Lya up.
Malam ni ada kenduri kat umah
Bil (brother in law) kat Felda Sahabat LD. Pertama kali Lya pergi ke sini.


Selamat tahun baru buat semua sahabat alam maya. 



Wassalam

Terima Kasih

Kalander 2015 Sunny Supermarket

Asha Lya | Disember 29, 2014 | 10Komen | >
Assalamualaikum

Akhirnya dapat juga kalander 
free time berbelanja semalam
kat Sunny supermarket di Tanjung aru Kota Kinabalu
sebelum berangkat balik ke Kota Kinabatangan.





Suka kalander yang jenis macam ni
sebab ada gambar2 pemandangan cantik2 hhaha. Ehh tak la sebab nombornya
besar2, mudah di nampak.



Ada kesempatan nanti nak jenguk 
blog rakan2. Ermm Sedih dengan bencana yang menimpa Malaysia. 
Sama2 kita doakan moga Malaysia sentiasa di lindungi olehNya.Amin Insyallah


Wassalam


Terima Kasih

Segmen Bloglist Januari 2015 by Akif Imtiyaz

Asha Lya | Disember 28, 2014 | 9Komen | >
Assalamualaikum

Hampir ke penghujung bulan Disember, lya terlalu sibuk yang amat.
Belum lagi di awal bulan Januari ni lya pastinya tersangatla sibuk berkali ganda..wahhh.
Masih sempat join segmen rakam blogger. Blogger kak Lya seorang blogger yang aktif 
Menganjurkan segmen yang simple.
Jom Jom
Wassalam

Terima Kasih

Ke Pusat Komputer Karamunsing KK

Asha Lya | Disember 27, 2014 | 7Komen | >
Assalamualaikum

Banyaknya urusan di hujung2 bulan 
ni, blog tengelam timbul.
Adehhh
Ke pusat komputer di Karamunsing
KK. Ada urusan yang perlu di selesaikan. Sebelum bulan n tahun baru menyusul.
Wassalam

Terima Kasih

Giveaway 2014 Bersama MyStoryMory.com

Asha Lya | Disember 24, 2014 | 20Komen | >
Assalamualaikum
Agak lama menyepi tak join
mana2 segmen rakan blogger.
Bukan sombong tapi keadaan kurang 
mengizinkan. Nak update blog pun 
agak semput dengan line pandai lari2 dengan kebizianya lagi hihi..
Ehhh termelalut suda.
Jom meriahkan segmen dari blogger kak yuni

Wassalam

Terima Kasih

Harapan DiTahun 2015

Asha Lya | Disember 24, 2014 | 14Komen | >
Assalamualaikum


Beberapa hari lagi 2014 bakal melabuhkan tirainya dan
2015 plak bakal membuka tirainya.
Alhamdullilah sepanjang di tahun 2014 ni banyak impian dan harapan yang Lya telah kecapi. Syukur ke hadrat ilahi.



Maka di tahun 2015 ni harapan 
Lya terlalu banyak. Insyallah jika di izinkan nak capai semua. Moga semuanya di permudahkan olehNya.


Buat semua rakan blogger yang mengenali Lya or blog Lya. Thank you so much, tidak putus2 datang berkunjung ke sini walau pemilik blog ni selalu tengelam timbul maklumla ada komitmen lain. Moga perkenalan kita walau hanya di alam maya akan berkekalan.
 Amin



Wassalam

Terima Kasih

Cubaan Memasak Daging Masak Dendeng

Asha Lya | Disember 22, 2014 | 17Komen | >
Assalamualaikum


Fuhhh beberapa hari ni Lya
memang sibuk banyak.
Blog pun langsung tak terjenguk
apatah lagi bw..
Lya ada projek sikit nak siapkan sebelum penghujung Disember ni.



Daging masak dendeng


Dalam kesibukan sempat juga 
memasak..Ehhh wajibulghunnah dapur kena berasap hhaha.
Masakan simple ja...sup sap sup sap siapp.


Entries ringkas..banyak yang
nak di share tapi nantila untuk entri 
seterusnya..ok bye


Wassalam

Terima Kasih

Water Filter Swisspro

Asha Lya | Disember 19, 2014 | 21Komen | >
Assalamualaikum


 Semua orang pun tahu kan kegunaan penapis air. Kebanyakkan semua jenis sama ja fungsinya. Tak perlu di terangkan lagi.


Kisahnya ahad lepas kami didatangkan
dengan salesman promote produk ni.
Cerita dengan panjang lebar kebaikan
produk ni.


Di akui air paip kat sini biarpun suda di rawat
tetap masih ada kotoranya. Yala air yang mendap bekurun lama kita tak tahu kan. Lya minum dan masak memang tak guna air paip, biasa beli yang air minirel guna syilling tu ja hihi.



 Nak tak nak kitaorang beli juga la.
Untuk kegunaan jangkamasa yang panjang. Banyak faktor juga yang di fikir sebelum setuju beli benda ni.


 Yang penting tak perlu guna elektrik
so penjimatan di situ.
Dekat kawasan Kinabatangan ni rasanya dah ramai yang guna penapis air ni.



Harga keseluruhan RM2506
Bukan murah2..Ermmm pejam mata
bayar.
Kalau bukan promosi direct beli di officenya RM3388. Nak tercabut biji mata dengar hhaha. Mahal kot tak mampu la.


Cukup la ada satu lagi pun kitaorang
baru mendirikan rumahtangga, rumah
pun masih serba-serbi kekurangan. Kalau nak mencukupkan semua botak la laki ku hhaha. Rezki ada di mana2 Insyallah.



Wassalam

Terima Kasih

Jom Buat Kuih Bom Ubi Keledek

Asha Lya | Disember 17, 2014 | 26Komen | >
Assalamualaikum

Mengajak plak main masak2 kan hhehe. Teringin sangat nak makan kuih
bom ubi keledek. Apa lagi jom la buat :)).




Yeayy berjaya dengan cemerlang




Bahan utama:


* Ubi keledek,
* Sedikit tepung gandum
 * Parutan kelapa
* Gula.


Cara membuatnya:


* Rebus ubi keledek kasi lembut
kemudian toskan dan lenyekkan.
* Gaul dengan sedikit tepung gandum.
* Parutan kelapa di masak bersama gula untuk intinya.
* Buat bentuk bulat (macam bom) letak inti kelapa di dalamnya.
* Bila dah di goreng, lya cuma tabur sedikit gula aising..nak letak bijan pun lagi sedap.



Lya simpan di peti sejuk semalaman, bila paginya Lya goreng terasa lembut sangat teksturnya..suka suka.
Buat sarapan pagi hhehe
Sekian


Wassalam

Terima Kasih

Hadiah Ephyra Skin Bar

Asha Lya | Disember 16, 2014 | 16Komen | >
Assalamualaikum
 
 
Alhamdulillah rezeki bersama ephyra.
Lya salah seorang pemenang antara 50 orang blogger
yang akan bertanding untuk cabaran seterusnya.
Hadiah selamat Lya terima tadi.
Jauh terbang ke Kota Kinabatangan.



 
 
Lya nak bagi peluang En.Suami cuba produk ephyra ni.
Produk ephyra ni ternyata berkesan.
Rezeki  harusla dikongsi bersama.
Blog ni pun blog bersama harusla hhee...
 
 

Tunggu testimoni dari kami


Wassalam


Terima Kasih

Weeding's Album

Asha Lya | Disember 16, 2014 | 16Komen | >
Assalamualaikum


Bila terasa rindu mula la belek2 album kawin.
Kat leptop ada ja sofcopy boleh tengok tapi
kalau di album lagi nostalgia
sekurangnya bila dah di cuci tak ragu2 boleh hilang. Kalau sofcopy ni faham ja la bila di leptop kan hhehe.




Antara koleksi album yang tersimpan


Wassalam

Terima Kasih

Family Day Trip Tawau - Balung River Resort

Asha Lya | Disember 15, 2014 | 18Komen | >
Assalamualaikum



Tanggal 6hb.12.14 yang lepas keluarga belah En.suami menganjurkan hari keluarga.
Buat pertama kalinya sambutan di adakan di Balung River Resort Tawau.


Pertama kali Lya datang ke sini, memang teruja nak mandi-manda.
Seawal pagi kami memasak untuk di bawa semasa berkelah di sana. Memasak gotong-royong ipar beipar.





Antara ahli keluarga yang turut serta.
Sebenarnya tak semua ada.
Tema orange




Gambar yang sempat di ambil.
Sebab teruja nak mandi-manda. Tak peduli dah nak selfie2 bagai :D


Hutan simpan yang masih terpelihara
keindahan semulajadinya.
Air terjunnya yang sejukkk.




Kanak2 la paling gembira 




Antara sukaneka untuk orang dewasa




Antara sukaneka untuk kanak2




Huarggg jom mandi-manda hhaha.
Siap berpelampung lagi.


Sebelah malamnya plak majlis penutupan, penyampaian hadiah dan
cabutan Tuan Rumah untuk tahun depan jatuh kepada 
Mohd Faizal & Sulia
(ya kami Tuan Rumah tahun depan)
Sambutan akan diadakan di Kota Kinabatangan...Kami kena prepare awal...owhh tidakk


Begitula cerita sambutan family day trip Tawau. Tak banyak gambar yang sempat Lya snap. Sambutan tahun ni alhamdulillah berjalan dengan lancar.
Tunggu tahun depan lagi.



Wassalam

Terima Kasih

Payung Petronas Limited Edition

Asha Lya | Disember 14, 2014 | 14Komen | >
Assalamualaikum



Sebenarnya dah berbulan pun dapat.
Baru sempat nak up entri, tenggah kekeringan idea kan..
gitula ceritanya hihi.




Akhirnya bln Oktober yang lepas
baru stok payung ni ada.
Punyala berbulan tunggu, susah benar nak dapatkan payung ni.
Asyik tak ada stok ja.





Dapat sekaki pun jadila.
Mahal wehhh payung ni Rm200 hhaha.
Rugi kalau tak tebus.



Wassalam

Terima Kasih

Reedem T-Shirt 8 Share

Asha Lya | Disember 13, 2014 | 20Komen | >
Assalamualaikum


Selamat berhujung minggu semua.
 Buat pertama kalinya Lya cuba reedem barang
dari 8 share. Lya bukannya aktif sangat pun kat
8 share cuma untuk suka-suka ja. Pun begitu pernahla juga cashout
sebanyak 2 kali.




 Cuba-cuba reedem t-shirt 8 share
setelah sekian lama kumpul point




Kelmarin selamat terima parcel
sehelai t-shirt 8 share yang comel.
Seronok juga reedem-mereedem barang free ni hihi..



Wassalam

Terima Kasih

Verification Code

Asha Lya | Disember 12, 2014 | 17Komen | >
Assalamualaikum



 Salam Jumaat semua.
Ada kemusykilan sedikit pagi ni berkaitan
dengan verfification code. Ada rakan blogger bagitau
bila nak publish komen kat blog Lya akan
keluar verification code. Korang ada alami masalah seperti ni ke??
Paling tak di gemari kalau bila kita komen
 akan keluar verification code ni betul tak....







Setakat ni di settingnya Lya tak ada kacau lagi atau
 blogspot ni ada masalah buat masa ni. Ermmm




Wassalam

Terima Kasih

Hamper @ Family Day

Asha Lya | Disember 11, 2014 | 16Komen | >
Assalamualaikum



Alhamdulillah rezki @ Family Day trip Tawau. Menang beberapa game.
Ok la daripada tak ada kan.






Kat kawsan mana kitaorang 
buat aktiviti family day di Tawau nanti Lya up kemudian, tak sempat lagi nak upload gambar huhu.. Ok bye



Wassalam

Terima Kasih

Sayuran @ Kundasang Sabah

Asha Lya | Disember 10, 2014 | 19Komen | >
Assalamualaikum

Kawasan Kundasang di akui pengeluar sayuran segar dengan suasana iklim yang sejuk. Bertuahnya kalau dapat tinggal di kawasan sana feeling korea-korea gitu hhaha.



Tiap kali lalu pekan Kundasang memang Lya tak mist beli sayuran Segar terutama cendawan my feveret.
Hanya beli tomato, bunga kubis, capsicum n cendawan.




Google


Pelbagai jenis sayuran ada di jual.
Rasa macam nak borong semua :)).
Ehhh jangan tamak


Wassalam

Terima Kasih

Rehat

Asha Lya | Disember 08, 2014 | 13Komen | >


Minggu lepas agak sibuk sesangat.
Sambutan family day belah suami 
di Tawau. Cukup meriah, ceritanya
nanti lya update.



Berehat dulu fuhhh cukup penat, Subuh tadi baru sampai ke rumah. Mana yang tak sempat lagi balas kunjungan, macam biasala slow2 lya terjah nanti.


Ok bye. 



Wassalam

Terima Kasih

Ubi Keledek@Ubi Rambat

Asha Lya | Disember 07, 2014 | 15Komen | >
 
Assalamualaikum
 
 
Pelbagai jenis masakan boleh di cipta dengan ubi keledek@ubi rambat (org Sabah bilang sebab tumbuhan ni menjalar). Boleh buat kuih, buat sayur, buat bubur.
  
Lya try beli yang warna purple dan putih. En.suami request nak makan bubur, makanya jom la kita membubur.


Sedap juga ubi yang warna purple ni rasanya ala2 macam ubi keladi.
Makan time hujan2 memang terbaik.


Wassalam

Terima Kasih

Resepi Kek Batik Coklat

Asha Lya | Disember 05, 2014 | 20Komen | >
 
Assalamualaikum
 
  
Rasanya dah ramai tahu resepi kek batik ni kan. Buatnya pun mudah. 
Yang ni versi lya. Ok cekidauttt...
 
  

Bahan2:


*Biskut marie perisa coklat (suka jenama Julie's)
*Milo
*3 Biji telur
*Serbuk coklat
*Susu pekat manis
*Sepeket nestum perisa coklat
*Butter
 
 
 
Cara membuatnya:


*Patah2 kan biskut marie
*Campur semua bahan kecuali biskut.
*Masak di api sederhana
*Bila dah naik wangi dan likat, masukkan biskut marie 
*Biarkan seketika dalam 5 minit 

*Angkat dan letak dalam loyang
  *Tekan2 dan biarkan sejuk seketika
*Letak dalam peti sejuk bahagian chiller
 


Siap boleh makan, strukturnya agak cantik kan berlapis2 (hhaha angkat bakul lagi)


Note: Sukatan hanya setengah gelas untuk semua bahan. 
Biskut marie jenis ni kuantitinya tak banyak. Lagi pun lya nak habiskan stock bahan.ok daaa


Wassalam
 
 
 

Terima Kasih

Day 14: Favorite Food

Asha Lya | Disember 04, 2014 | 18Komen | >
 
Assalamualaikum
 
  Bila nak habis dah hhaha ok.
Sebenarnya banyak sangat makanan kegemaran lya. Meh kongsi salah satunya....
Tom yam
Ini lya masak sendiri seafood tomyam.
Perhhh sedapnya plak.
Makanan feveret korang apa plak?
Wassalam

Terima Kasih

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]

Asha Lya | Disember 04, 2014 | 16Komen | >
Assalamualaikum

Woww Lazada Malaysia kini kembali membuka tawaran diskaun yang betul super duper murah. Jom-jom ke Lazada Malaysia.

Apa yang boleh dibeli jika ada RM1212 di Lazada Malaysia? Mesti banyak pilihan kerana Lazada menawarkan harga barang yang berpatutan dan diskaun yang hebat terutama pada 12 December 2014 akan datang kerana dijangka akan ada ONLINE REVOLUTION SALE selama 1 hari dengan pelbagai tawaran menarik. 





Jika Lya diberi RM1212 barang apa yang menjadi idaman Lya miliki dari Lazada Malaysia. Suda tentula ingin memiliki peralatan rumah. Maklumla baru mendirikan rumahtangga ni masih serba-serbi kekurangan. Jom intai apa Lya nak sangat.



1.Singer 4423 heavy duty sewing machine
RM1,049

http://www.lazada.com.my/singer-4423-heavy-duty-sewing-machine-561329.html

Memang menjadi idaman lya andai dapat memiliki sebuah mesin jahit berjenama singer dari Lazada Malaysia yang diakui mempunyai kualiti yang amat bagus. Lya sememangnya minat menjahit dan bercadang nak buka perniagaan jahitan dan memerlukan mesin yang mampu menghasilkan mutu jahitan yang berkualiti. Owhh mesin jahit.

Spesifikasi

*Metal chassis sewing machine
*Sew normal and thicker 
*1100 stitches per minute
*Stainless steel bed plate
*23 built in stitches 110 v
*RM1212 - RM1049 = RM163 (baki)

2.Panasonic juicer mj 70mub white 
RM162

http://www.lazada.com.my/panasonic-juicer-mj-70mub-white-86286.html


Ini produk kedua yang menjadi idaman kalbu mesin pembuat jus jenama Panasonic dari Lazada Malaysia . Memang menjadi kegemaran Lya minum jus yang segar-segar. Dengan adanya mesin ini tak perlu risau lagi. Hari-hari boleh buat jus di rumah. Di datangkan dengan warna putih sememangnya cukup menarik.


Spesifikasi

*600ml capacity
*Built and circuit breaker
*Safety lock clamp
*Stainless steel spinner
*Brush for efficient cleaning
*RM163 - RM162 = RM1 (baki)

Memang berbaloi andai dapat memiliki barang idaman ni. Biar kalah membeli menang memakai. 

Lazada Malaysia
akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit,tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen,barangan rumah,alat permainan dan peralatan sukan.



Jom sertai beramai-ramai


Wassalam

Terima Kasih

Jejak November 14 Blog Asha Lya

Asha Lya | Disember 03, 2014 | 19Komen | >
 
Assalamualaikum
Terima kasih yang tak terhingga dari awal lya berblog hingga kini masih ada yang setia datang berkunjung datang komen ke blog lya. 
 
 
Yang tak tersenarai jangan risau anda semua memang sporting. Ada yang datang dan pergi silih bertukar ganti. 
  

Terima Kasih

Resepi Keropok Popia Twisties

Asha Lya | Disember 03, 2014 | 16Komen | >
Assalamualaikum
 
 
Maaf sesangat mana yang request nak minta resepi ni ari tu. Baru lya berkesempatan update resepi. 
Keropok popia twisties yang sedap dan rangup.


   

Bahan2 :

*Kulit popia
*Kiub pati ayam
*Serbuk kari
*Gula
 
 

  
Cara membuatnya:


*Gulung kulit Popia dan gunting serong (ikut kreativiti dan citarasa memasing pun boleh) dan goreng.
*Satukan serbuk kari + kiub pati ayam kemudian sangai (jgn lama nanti hangus)
*Gaulkan semua bahan termasuk sedikit gula..Siapp.
Rasanya ala2 keropok twisties gitu.

 
 

Buat kudapan makan depan tv perhh memg tak sedar habis makan sebalang. 
Selamat mencuba


Wassalam

Terima Kasih

Baju Kurung Moden

Asha Lya | Disember 02, 2014 | 14Komen | >
 
Assalamualaikum
 
 

Baru berkesempatan nak update.
Sebenarnya dah lama dah siap baju kurung moden handmade by me :)).
Budak baru belajar masih merangkak lagi ni.



 


Banyak yang perlu di perbaiki dari segi potongan dan jahitan. Baru satu fesyen belum lain2 fesyen lagi hhaha. Ok 


Wassalam

Terima Kasih

Blog Mobile Friendly

Asha Lya | Disember 01, 2014 | 13Komen | >
Assalamualaikum


Agak ketinggalan zaman hhaha ehh..
Tak sebenarnya dah lama lya guna blog versi mobile ni. Nampak mudah kalau on9 guna hf. Kalau guna versi web agak leceh terutama lambat sangat loadingnya.


Baru berkesempatan cek tengok blog lya ni friendly or tak. Maka resultnya hoyehhh...awesome




Ok la tu kan kan..
Bertambah semangat terus berblog.
Selamat bekerja semua.


Wassalam


Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign